Friday, August 1, 2008

Penyakit Athma Yang Tak Serius...

01/08/2008, Jumaat 9.45 malam....

Sejak dua minggu yang lalu, aku mengalami batuk-batuk dan selesema. Entah mengapa, batuk-batuk ini semakin melarat. Walhal aku dahpun menghabiskan sebotol besar ubat batuk dan entah berapa biji ubat selesema. Seingat aku, bulan Mei yang lalu juga kualami batuk-batuk sebegini....

Sehingga semalam (31/07/2008), suamiku yang tersayang membawaku ke Klinik Lourdes di Jalan Ipoh.... Agak terkejut sebenarnya,... bilamana doktor mengatakan ciri-ciri yang kualami itu ada kemungkinan sejenis penyakit... iaitu asma (Athma)...

Serta-merta kuteringatkan salah seorang saudara kandungku di kampung yang menghidapi asma yang agak kronik....

Hati ini, menjerit meluahkan rasa pilu... Memang benar, penyakit tidak begitu serius dan boleh diubati, namun fikiranku lebih terarah kepada si kecil di rumah.. Fikiranku menerawang jauh ke dimensi yang entah belum diketahui kelak.

Bagaimana nanti, nasib anakku Wafiq Tabrani...? Adakah mungkin dia dapat mengenali ibunya melalui gambar-gambar kenangan Abah dan Maminya?? Adakah mungkin nanti dia hanya dapat merasai kasih abah, nenek dan tok ayahnya sahaja?? Arghhh.. tidak!!!

Aku harus tabah menghadapi beberapa dugaan yang datang serentak ini.. aku harus kuat!!! Aku harus terus berjuang selagi diizinkan-Nya untuk terus bernafas di bumi yang fana ini. Akanku semai kasih yang melimpah ruah buat buah hati kesayanganku itu...

Buat suamiku... Aku sedar dia terlalu banyak berkorban perasaan kepadaku.... Dari raut wajahnya itu ku fahami hatinya yang memberontak menuntut haknya.... Aku banyak berdosa kepadanya.. Maafkan sayang..!!! Kusendiri berperang dengan perasaanku, seolah-olah dunia ini, kehidupan yang kualami masih suatu di alam fantasi... sesuatu yang bukan milikku yang hakiki...

Duhai hati yang sedih dan kecewa... Terimalah segalanya, seadanya... Jangan disalahi takdir yang ditentukan-Nya.. Bersyukurlah!!!

Lama benar kutermenung sendirian malam ini.. Mengapa aku jadi begini?? Hatiku menangis pilu.... Kucuba untuk tidak mengalirkan airmata yang mungkin memusnahkan KEBAHAGIAAN yang kukecapi kini... Namun, sesekali aku gagal... ianya tumpah jua akhirnya.. Cukuplah.. hentikanlah duhai hati... TakdirNya adalah ketetapan yang tidak mungkin dapat dinafikan oleh kita yang bernama manusia... makhluk yang dicipta oleh-Nya.....!

***Kita adalah hambaNya.. Setiap hambaNya, tiada yang sempurna. Maka berbaliklah kita kepada asal kewujudan kita di muka bumi ini.... Untuk menjadi hambaNya yang taat dan Khalifah di bumi....

No comments:

Post a Comment